Penterjemah Bebas (8)

Khidmat terjemahan yang berkualiti memang susah di cari.

Anda mahu bekerja dari rumah sebagai juru alih bahasa atau penterjemah profesional?

Translation service
Photo by Tirachard Kumtanom on Pexels.com

Penterjemah memerlukan individu untuk menyampaikan kata-kata bertulis dari satu bahasa kepada bahasa yang lain dari teks asal. Penterjemah bekerja dengan perniagaan, teknikal, undang-undang dan bahan bertulis saintifik termasuk surat, laporan, artikel, buku dan lain-lain. Mereka boleh menulis semula dan mengedit salinan dari teks asal.

Cuba bayangkan seorang seseorang yang ingin membuat bisnes dengan negara asing, tetapi tidak faham bahasa yang di tuturkan di negara tersebut. Sudah tentulah perkara ini akan menimbulkan masalah bagi mereka untuk menjalankan urusan. Hatta untuk membaca Al- Quran pun kita perlu tahu maksud perkataan yang kita baca.

Pekerjaan ini boleh di jalankan di rumah dan kadangkala anda di perlukan untuk mengikuti pelanggan anda ke tempat dia menjalankan pekerjaan.

Contoh senarai pekerjaan yang biasanya memerlukan perkhidmatan penterjemah ialah:

  1. Pemandu pelancong
  2. Menteri
  3. Ahli sukan
  4. Selebriti terkenal
  5. Usahawan
  6. Penulis iklan
  7. Pembaca berita televisyen
  8. Penerbit buku
  9. Pengurus hotel
    Penterjemah yang selalu di cari ialah yang boleh berbahasa Inggeris, bahasa Cina (Kantonis dan Mandarin), bahasa Arab dan Bahasa Tamil. Jadi sekiranya anda boleh boleh bertutur dan menulis dalam bahasa tersebut, lebih tinggilah peluang anda untuk mendapatkan kerja. Malaysia memang kekurangan penterjemah professional. Informasi ini saya dapat dari latihan yang saya ikuti di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    Pekerjaan ini hampir tidak memerlukan modal.

Kenapa saya cakap hampir tidak memerlukan modal?

Kerana anda perlu mendapatkan sijil yang di iktiraf oleh badan penterjemah rasmi Malaysia. Anda perlu menghadiri kursus lebih dari 5 hari, seperti yang saya pernah hadiri di pejabat ITBM. Kursus ini berbayar. Selepas anda mendapat sijil sudah boleh mula membuat kerja sebagai penterjemah bebas. Tak perlu modal lagi untuk membuat pekerjan ini.

Semua orang boleh menterjemah perkataan dengan adanya banyak applikasi di internet, tetapi untuk mendapatkan bayaran sebagai seorang professional saya cadangkan anda mengambil peperiksaan di ITBM ataupun anda boleh melayari laman web Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mengetahui lebih lanjut tentang pekerjaan sebagai penterjemah di Malaysia. Jangan biarkan pelanggan anda berasa berasa was-was untuk membayar anda sekiranya anda tidak melalui proses pembelajaran yang sesuai.

Untuk mengetahui lebih lanjut untuk menjadi penterjemah di Malaysia, boleh layari laman web tertera di bawah.

Contoh Sebut Harga:
RM0.04/perkataan

Terma & Syarat
Upah tidak termasuk kos printing (sekiranya perlu)
Printing : RM0.30 per page [B&W], RM0.60 per page [C]
Menyiapkan tugasan mengikut dateline yang dipersetujui
Menerima/menghantar dokumen melalui email dan pos (kos pos ditanggung oleh pelanggan).

*** Pendahuluan 20% daripada nilai upah atau sebutharga diperlukan sebelum kerja terjemahan dilakukan.
*** Bayaran penuh awal akan mendapat 5% diskaun daripada jumlah upah atau sebutharga.

Dokumen dalam perisian Word : RM12.00 setiap muka ( font Arial 12, jarak 1.5 point)
Dokumen dalam perisian Power Point : RM6.00 setiap slide

Apa yang dipanggil kadar pasaran semasa yang biasanya di antara 10 sen hingga 30 sen bagi satu perkataan, bergantung kepada pembolehubahnya. Sesetengah penterjemah pula mengenakan bayaran mengikut jumlah mukasurat; contohnya antara RM30 dan RM90 bagi satu muka kertas A4 teks yang siap diterjemah dan ditaip dalam font bersaiz 12.

Malaysian Institute of Translation & Books
INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA BERHAD (276206 D)
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E
Seksyen 10, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

(603) 4145 1800
(603) 4149 1535
info@itbm.com.my
http://itbm.com.my/

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) atau Malaysian Translators Association (MTA) adalah sebuah badan profesional bukan kerajaan (NGO) yang menangani segala aspek yang berkaitan dengan terjemahan pada amnya dan yang relevan dari aspek akademik, hubungan antarabangsa dan fungsi sosial yang berkaitan.
https://malaysiantranslatorsassociation.com

Iklankan khidmat anda sebagai penterjemah di sini?
Hubungi kami melalui laman ini.

2 thoughts on “Penterjemah Bebas (8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.