Dropshipping (5)

Apa sebenarnya perniagaan dropshipping? Secara asasnya ialah kita menjual barang yang kita tidak simpan stok sendiri. Kita akan tolong promote barang yang pemborong/pengilang/founder atau importer yang kita mahu jual. Antara platform menjual yang selalu menjadi pilihan ialah Facebook dan Instagram (untuk tahun 2018). Modal yang di perlukan biasanya kecil untuk perniagaan jenis ini.

Proses yang biasanya penjual secara dropshipping lalui ialah memilih produk yang sesuai untuk kita jual. Kita boleh buat carian di laman web menggunakan kata kunci (dropship Malaysia, jual secara dropship). Bila dah dapat supplier yang sesuai dengan kehendak kita atau kehendak pasaran. Kita boleh hubungi mereka untuk bertanya cara-cara untuk menjadi ejen mereka. Ada syarikat yang akan terus menghantar produk kepada pelanggan kita dan ada juga syarikat yang akan menghantar barang kepada kita dahulu (proses ini akan menambahkan kos kepada kita kerana kita mesti pos kepada pelanggan kita pula).

Perkara yang paling penting dalam proses ini, PELANGGAN TIDAK BOLEH TAHU BERAPA KOS KITA DAN SIAPA SUPPLIER KITA. Ini untuk melindungi hak supplier kita kerana mereka menjual kepada ejen sahaja. Cuba bayangkan kalau pengilang kena berurusan dengan semua pembeli barangan mereka. Pasti menyusahkan mereka kerana kadar harga dan jumlah diskaun yang kita dapat biasanya berbeza dengan pengguna akhir produk.


Pekerjaan dropship ni mudah sebenarnya, Cuma anda perlu rajin update informasi terkini kepada pelanggan anda. Cari supplier yang ada masa untuk bantu anda. Antara supplier yang saya pernah berurusan ialah supplier jam tangan, jubah dan telekung.

Biasanya mereka akan ajak bakal ejen mereka untuk join group mereka untuk melihat stok (group Whatsapp/Group Telegram). Kemudian anda boleh pilih model/jenama untuk di jual. Anda perlu tanya harga ejen dan harga pelanggan supaya anda tidak tersalah jual. Nanti anda tidak untung malah akan kerugian pula.

Antara senarai perkara yang perlu ada pada pemborong anda ialah no telefon, group Telegram/ Group Whatsapp, laman perniagaan Facebook, laman Instagram. (kalau mereka ada blog, laman e-commerce, kedai di marketplace seperti Shopee/ Lazada lebih baik)

nota kaki, kalau pemborong menjual pada HARGA BORONG di marketplace (Lazada/Shoppe/FB market), maknanya susah sikit anda nak jual barang mereka, kerana pengguna akhir boleh beli terus dari mereka pada harga yang anda beli. Kalau nak jual juga, anda kena cari pasaran selain dari marketplace. (Lazada/Shopee/FB marketplace). Ataupun anda kena jadi kreatif sikit la, supaya barang jualan anda nampak berbeza. Tapi kan rezeki semua orang kan berbeza. Ada usaha adalah rezeki kan.

Contoh pemborong yang sesuai untuk perniagaan dropship.

Jenis barang jualan: Jam tangan berjenama pada harga mampu milik

Tag line: Kami jual ada waranti, beli barang senang hati.

Tuan Kedai : Encik Hakim

https://www.wasap.my/60132727597
https://web.facebook.com/kedaijamtiptop/?_rdc=1&_rdr
https://t.me/joinchat/DPZwdw8FxK8DNdduT-xBTQ

Supplier Pakaian

Supplier Jubah import dari Dubai, sejadah dan barangan untuk muslimin dan muslimat. Kedai ini anda kena datang ke bangi untuk pilih barang. Sebab jubah ada pelbagai jenis.

Tuan Punya Kedai – Bibi Rosma  
Call 013-631 1786

http://wasap.my/60136311786

 https://web.facebook.com/jubahmurah.anr/?_rdc=1&_rdr

Supplier barang import dari China. Hubungi Cik Nina http://www.wasap.my/60162551085

selepas mendaftar email anda, terus boleh beli pada harga ejen.

 https://www.malvendo.com/

Link ke Facebook https://web.facebook.com/Malvendocom-228986428463304

Nama Pemborong :  Roslinda Yusoff

Produk makanan Sunnah

Ejen Diperlukan Seluruh Malaysia                                                                                                                                            http://www.wasap.my/601121908829

https://www.facebook.com/profile.php?id=100001124407532

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.